NISAB SEMASA

PERHATIAN

Berkuatkuasa Tahun 2013, MUFTI NEGERI SABAH telah menetepkan Nisab bagi negeri sabah adalah sebanyak RM 13,400 dan Kadar Zakat Fitrah bagi Tahun 1434 HIJRIAH bersamaan 2012/2013 MASIHI berjumlah RM 7.00 SEN yang wajib dibayar oleh setiap orang Islam yang bermastautin di negeri sabah bersesuaian dengan Hukum Syarak.

JADUAL WAKTU SOLAT

BORANG POTONGAN GAJI

BORANG SKIM POTONGAN ZAKAT GAJI BERJADUAL (SPZGB)
Kini umat Islam di Negeri Sabah dapat menunaikan ibadah zakat dengan lebih mudah lagi. Dengan hanya memuat turun borang SPZGB ini, maka zakat anda akan dipotong terus melalui gaji. Cukup mudah dan menjimatkan masa anda.

Tunggu apa lagi.
Sila klik disini.

Pendidikan


Terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sebelum sesuatu permohonan itu dipertimbangkan dan diterima oleh Pusat Zakat Sabah (MUIS)

1.  Pemohon hendaklah Warganegera Malaysia beragama Islam dan berasal dari Sabah atau salah seorang ibu atau ayah pemohon lahir di Sabah ( Penduduk asal ) atau kedua-dua ibubapa pemohon adalah pemastautin (Warganegara Malaysia) yang menetap di sabah melebihi 10 tahun.


2.  Umur adalah tidak melebihi 27 tahun. 


3. Pusat Pengajian Tinggi dan kursus yang dipohon atau sedang diikuti hendaklah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.


4. Kursus yang dipohon adalah kursus-kursus yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam.


5. Telah mendapat tempat/tawaran dan belajar sepenuh masa (tidak bekerja dimana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.


6. Sekiranya bukan beragama Islam hendaklah disahkan mempunyai kecenderungan yang amat kuat untuk memeluk agama Islam. (Mualaf)


7. Disahkan boleh mengikuti pengajian di luar negara sama ada oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia atau Kementerian Luar Negeri atau Kedutaan Malaysia ( Jabatan Penuntut Malaysia).


8. Tidak mendapat sebarang tajaan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah atau Kerajaan Persekutuan atau Yayasan Sabah atau mana-mana badan penaja yang lain sama ada dalam bentuk biasiswa atau pinjaman.


9. Pelajar-pelajar yang mahu melanjutkan pengajian ke Jordan dan Mesir mestilah memiliki sijil STAM dengan sekurang-kurangnya mendapat pangkat Jayyid.

Borang pendidikan yang terdapat di Pusat Zakat Sabah (MUIS) adalah seperti dibawah

1. BORANG PERMOHONAN SKIM BANTUAN PELAJARAN (YURAN PENDAFTARAN)

2. BORANG PERMOHONAN SKIM BANTUAN PELAJARAN (TIKET PENERBANGAN)

3. BORANG PERMOHONAN BANTUAN PENDIDIKAN (MUALAF)

Pemberitahuan:

    Borang hanya boleh didapati di Pusat Zakat Sabah(MUIS)