Laman Web Rasmi

NISAB 2017

 RM 13,600.00

PUNGUTAN JANUARI-JUN 2017

RM 28,742,745.18

AGIHAN JANUARI-JUN 2017

RM 34,198,843.07

 

Binatang-binatang ternakan telah dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada hamba-hambanya dengan mempunyai pelbagai manfaat. Ianya amat penting bagi manusia kerana memberi banyak faedah seperti sebagai kenderaan, makanan, minuman dan diambil bulu serta kulitnya.

Oleh itu Allah S.W.T meminta pemilik binatang tersebut bersyukur atas nikmat yang dianugerahkan kepada mereka, antaranya dengan mengeluarkan zakat kerana ia merupakan asas kekayaan kepada pemiliknya. Binatang-binatang yang termasuk dalam kumpulan yang diwajibkan zakat ialah unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri. Ini dinyatakan dalam hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

" Daripada Muaz Ibnu Jabal, beliau berkata : Baginda Rasulullah S.A.W telah mengutus aku ke Yaman dan beliau memerintahkan aku dari setiap 40 ekor lembu, 1 ekor lembu Musinnah (Seekor lembu betina yang umurnya mencapai 3 tahun) dan dari tiap-tiap 30 ekor lembu, tabi' atau tabia'ah (seekor lembu jantan atau betina yang mencapai umur 1 tahun)."

Syarat wajib

Islam, Merdeka, Sempurna milik, Cukup Haul, Cukup Nisab, Dipelihara di padang ternakan, tidak diguna untuk bekerja

Kadar Nisab

Nisab Permulaan bagi unta   - 5 Ekor

Nisab Permulaan bagi Lembu / Kerbau   - 30 Ekor

Nisab Permulaan bagi Kambing   - 40 Ekor

* Jadual kiraan Zakat Ternakan boleh didapati di Pusat Zakat Sabah (MUIS)

 

HARGA EMAS & PERAK SEMASA

HARGA PASARAN

EMAS : RM 170.00

PERAK : RM 2.70

Tarikh Kemaskini : 17/07/2017

WAKTU SOLAT