Laman Web Rasmi

NISAB 2017

 RM 13,600.00

PUNGUTAN JANUARI-APRIL 2017

RM 17,070,605.99

AGIHAN JANUARI-APRIL 2017

RM 23,514,686.56

 

Zakat Pertanian ialah satu zakat yang dikenakan ke atas makanan asasi yang mengenyangkan ke atas sebuah negeri yang telah cukup nisab dan haulnya. Hasil tanaman yang wajib dizakatkan adalah bijirin-bijirin dari jenis makanan asasi yang mengenyangkan dan tahan lama jika disimpan seperti padi, jagung, gandum dan sebagainya.

Contohnya, bagi penduduk di Malaysia, makanan asasinya adalah nasi dan nasi dihasilkan daripada padi. Maka zakat pertanian yang sesuai dikeluarkan di negeri Sabah khususnya, malaysia amnya ialah Zakat Padi.

Hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, al-Bukhari, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah dari Abdullah Bin Amru R.A yang bermaksud:

" Tanaman yang diari oleh hujan, sungai-sungai dan mata air atau yang mendapat air dari saliran (Melalui akarnya) hendaklah dikeluarkan (zakatnya) sepersepuluh(1/10). Tanaman yang diari dengan unta pengangkut air atau dengan penimba, hendaklah dikeluarkan seperduapuluh (1/20)"

Syarat Wajib Zakat Pertanian

Islam, Sempurna Milik, Merdeka, Cukup Nisab (363 gantang 980.1 KG), biji-bijian dan buah-buahan hendaklah ditanam oleh manusia

Kadar Zakat

10%

- Bagi pengusaha padi yang hanya menggunakan air hujan, sungai atau parit yang tersedia tanpa perlu diusaha mengairi tapak pertanian pada setiap kali hendak memulakan perusahaan pertanian di setiap musim, maka kadar zakatnya adalah 10%.

 

5%

-  Adapun perusahaan tersebut perlu menanggung kos atau bersusah payah sendiri pada setiap musim, maka kadar zakatnya adalah 5%

 

7.5%

-  sekiranya kedua-dua kaedah digunakan, iaitu mengusaha tapak dengan air yang mengalir tanpa bersusah payah menanggung sebarang kos dan terpaksa pula menanggung kos pada keperluan lain seperti baja dan sebagainya, maka kadar zakatnya adlah 7.5%

 

HARGA EMAS & PERAK SEMASA

HARGA PASARAN

EMAS : RM 170.00

PERAK : RM 2.70

Tarikh Kemaskini : 02/06/2017

WAKTU SOLAT