Laman Web Rasmi

NISAB 2017

 RM 13,600.00

PUNGUTAN JANUARI-JUN 2017

RM 28,742,745.18

AGIHAN JANUARI-JUN 2017

RM 34,198,843.07

SEJARAH PENUBUHAN

 Penubuhan Pusat Zakat Sabah (MUIS) merupakan cetusan idea Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Musa Bin Haji Aman, merangkap Ketua Menteri Sabah. Idea ini tercetus dalam memastikan idea pemerkasaan institusi pengurusan zakat sebagai wadah untuk meninggikan syiar Islam dan memangkinkan martabat umat Islam menerusi pengurusan profesional dan berimejkan korporat sebagaimana yang telah terlaksana di beberapa institusi zakat negeri lain di Malaysia.

Hasrat tersebut dinyatakan buat pertama kali semasa sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Cek Zakat Perniagaan Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada hari selasa, 7 Februari 2006 di Kediaman Rasmi Ketua Menteri, Seri Gaya. Pada keesokan harinya, kabinet negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Pengurusan Zakat Jabatan Ketua Menteri yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Nasir Tun Haji Sakaran, Menteri di Jabatan Ketua Menteri. Jawatankuasa khas ini ditubuhkan bertujuan membuat kajian dan menentukan halatuju pengurusan/institusi zakat di Sabah.

Jawatankuasa tersebut telah mengadakan mesyuaratnya buat kali pertama pada 10 Februari 2006 di Bilik Mesyuarat Kecil Tingkat 6, Wisma Innoprise dan diikuti beberapa siri mesyuarat selepas itu di samping lawatan kerja ke Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Lembaga Zakat Selangor (LZS) Majlis Agama Islam Selangor, Pusat Zakat Melaka (PZM) Majlis Agama Islam Melaka dan Institusi Kajian Zakat Malaysia (IKAZ).

Sebelum membuat ketetapan, jawatankuasa tersebut juga mengambil kira beberapa pandangan dan nasihat termasuk daripada Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji Jabatan Perdana Menteri, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaysia Sabah dan individu-individu yang berpengalaman serta terlibat secara langsung dalam pengurusan zakat seperti Tuan Haji Ismail Saad dan Prof Dr Hj Mujaini Tarimin, Felo Kanan Institut Pengajian dan Kefahaman Islam UiTM Shah Alam. Pada 19 Disember 2006, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Meluluskan penubuhan Pusat Zakat Sabah (MUIS) berkuatkuasa 02 Januari 2007 setelah meneliti Memorandum dan Kertas Kerja Penubuhan Pusat Zakat Sabah (MUIS) yang dikemukakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Khas Pengurusan Zakat JKM, Yang Berhormat Datuk Haji Nasir Tun Haji Sakaran. Setelah Yang Amat Berhormat Ketua Menteri bersetuju, maka 5 April 2007, Pusat Zakat Sabah (MUIS) dilancarkan dengan rasminya.



HARGA EMAS & PERAK SEMASA

HARGA PASARAN

EMAS : RM 170.00

PERAK : RM 2.70

Tarikh Kemaskini : 13/09/2017

WAKTU SOLAT